Loading

26 August 2008

Kepercayaan cincin dan tarikh – khurafat! : Mufti Perlis.

Below are several very interesting articles by Dr. Mohd. Asri Bin Zainul Abidin, the Perlis State Mufti posted on his website Minda Mufti, in response to several events and statements with regard to the Permatang Pauh by-election which is to be held tomorrow. I need not say further but read on below or for other interesting articles, please read here..

1). Kepercayaan cincin dan tarikh – khurafat!

By Dr. Mohd. Asri Bin Zainul Abidin, Mufti Perlis

Kepercayaan sial dan tuah mengenai cincin dan tarikh pengundian adalah satu kepercayaan khurafat yang bertentangan dengan Al-Qur’an dan As-Sunnah.

Tulisan ini merujuk kepada dua artikel di bawah:

2). Pilih calon ‘kurang’ mudaratkan agama, negara

By Dr. Mohd. Asri Bin Zainul Abidin, Mufti Perlis

Tanpa menyebut nama calon, Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abdidin berharap pengundi-pengundi di Permatang Pauh akan memilih calon yang “paling ringan mudarat” atau “membahayakan” agama dan negara, esok.

“Siapakah yang layak dipilih dalam keadaan begitu? Bagi saya pengundi yang matang hendaklah menilai manakah pihak yang paling ringan mudaratnya dibandingkan yang satu lagi,” kata beliau.

Teruskan membaca… »

3). Penjelasan Di Sebalik Cadangan Mubahalah

By Dr. Mohd. Asri Bin Zainul Abidin, Mufti Perlis

“Ada sesetengah pihak yang tersalah sangka dengan menganggap bahawa cadangan saya untuk DSAI dan Saiful bermubahalah itu satu perangkap untuk menjatuhkan DSAI. Demi sesungguhnya tidak! Sebenarnya, sejak beberapa bulan yang akhir ini wujudnya persahabatan bukan politik antara saya dan DSAI. Sikapnya yang lebih lunak dan sering bertanya khabar agak menyenangkan.

Apabila timbul isu liwat yang dibangkitkan oleh Saiful, maka saya bertanya hal tersebut kepada DSAI sendiri. Daripada penjelasannya beliau memaklumkan bahawa wujudnya konspirasi. Katanya, mahkamah dan polis akan dipergunakan. Saya yang bersimpati jika benar wujud konspirasi tersebut melihat imej beliau perlu dibersihkan dan perancangan buruk perlu dihentikan melalui satu proses yang menakutkan sesiapa yang khianat dan berdusta. Berdasarkan dakwaan DSAI, mahkamah dan polis tidak dipercayai.

Maka saya mencadangkan proses yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah yang diluar dari hukuman manusia sebaliknya menanti balasan Allah di dunia lagi iaitu Mubahalah. Harapan saya supaya mereka yang jahat akan takut seperti mana golongan Kristian Najran yang takut dengan laknat Allah s.w.t dan tidak berani bermubahalah dengan Nabi Muhammad s.a.w.. Saya maklumkan secara perbualan telefon kepada DSAI bahawa niat saya membersihkan imej beliau dan beliau ketika itu tidak pertikaikan tujuan saya walaupun kelihatan beliau keberatan.

Tiba-tiba selepas cadangan dibuat dan -seperti pandangan-pandangan saya yang lain- ia mendapat liputan yang meluas, Saiful pula yang tampil mencabar DSAI untuk bermubahalah dan telah melaknat dirinya jika dia bohong. Sementara DSAI enggan menyahutnya atas alasan-alasan beliau. Maka, tiada sebarang konspirasi dalam cadangan ini, sebaliknya tujuan asalnya adalah untuk kebaikan beliau. Jika beliau enggan, maka para pengikutnya yang tidak perlu mempertikaikan pencadangnya”

No comments:

Post a Comment

Say what u like but do remember this - you write but I take no responsibility. You write in extreme and I take similar extreme measure - I DELETE.

Add - Adsense