Loading

11 September 2008

Hari Kesepuluh Bulan Ramadan.

Masjid Negeri Sabah di Sembulan.

Malam tadi kami sekeluara mengerjakan Solat Isyak dan Terawih kami di Masjid Negeri Sabah yang terletak di Sembulan tidak jauh dari pusat bandar Kota Kinabalu. Selain dari Masjid Negeri Sabah, kami juga jika kesuntukan masa, akan pergi ke masjid yang terdekat iaitu Masjid Nur Hikmah yang terletak di Bukit Padang.

Mungkin disebabkan para para jemaah memilih samada untuk pergi ke masjid-masjid atau surau-surau yang berdekatan dengan rumah masing-masing, didapati bilangan para jemaah yang berkunjung ke Masjid Negeri ini semakin berkurangan tidak seperti tahun-tahun yang sudah. Agak menghairankan kerana kawasan Sembulan dan Tanjung Aru merupakan kawasan yang mempunyai bilangan penduduk Islam yang padat.

Hari ini merupakan hari yang kesepuluh kita berada di bulan Ramadan ini tetapi kehadiran para jemaah ke Masjid Negeri Sabah agak mengecewakan walaupun selepas kerja-kerja menaik -tarafkan kawasan masjid dan pengubah suaian pada bangunan masjid itu sendiri.

Kini kemudahan untuk berwudhu telah ditambah di samping tempat meletak kereta yang luas untuk keselesaan para jemaah. Ruang solat utama kini dilengkapi dengan kemudahan alat penghawa dingin dan sistem audionya pun telah diperbaiki bersesuaian dengan imej dan satusnya sebagai Masjid Negeri. Semua itu gagal untuk menarik lebih orang ramai untuk datang dan mengerjakan solat di situ.

Seperkara lagi yang tidak sedap telinga mendengar ialah sebelum bermulanya solat Isyak dan Terawih tadi, para jemaah telah diingatkan oleh tuan Imam untuk mematikan alat-alat set selular yang dibawa masuk kedalam masjid kerana ini akan mengganggu para jemaah lain yang hadir bersolat dengan khusyuk.

Diharapkan di malam-malam yang akan datang, para jemaah akan lebih prihatin dan mengambil sikap bertanggung jawab ketika mengerjakan solat. Antara lain yang juga dibangkitkan oleh tuan Imam ialah solat Terawih ini dikerjakan cuma sebulan sahaja dalam setahun dan seharusnya ia dikerjakan dengan sebaik-baiknya.



No comments:

Post a Comment

Say what u like but do remember this - you write but I take no responsibility. You write in extreme and I take similar extreme measure - I DELETE.

Add - Adsense