Loading

18 November 2008

Harga Kekal Namun Kerap Kehabisan Bekal.


Berita Harian - SEREMBAN: Harga beras Super Tempatan 15 peratus beras hancur (ST15) tidak akan diturunkan, sebaliknya kekal pada harga RM1.80 sekilogram, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed.

Beliau berkata beras itu, yang harganya tidak pernah berubah sejak 10 tahun lalu mendapat subsidi kerajaan sebanyak RM800 juta setahun, jika tidak ia mungkin berharga lebih RM5 sekilogram.

Baca Terus
>>>


Di KK dari pemerhatian saya, setiap kedai runcit akan dibekalkan sebanyak 30 bag sahaja oleh wakil pengedar . Cukup dua buah restoran cekau 15 bag untuk kegunaan masing-masing, maka habislah bekal beras tersebut untuk hari itu. Maka kenalah tunggu dua atau tiga hari lagi si pengguna. Tu pun nasib baik kalau lebih awal dapat dari tukeh-taukeh restoran. Memang tidak adil dan pemantauan oleh pihak berwajib sekadar hangat-hangat taik ayam sahaja.

No comments:

Post a Comment

Say what u like but do remember this - you write but I take no responsibility. You write in extreme and I take similar extreme measure - I DELETE.

Add - Adsense